29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Gencatan politik pastikan usaha pemulihan negara tidak diganggu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Gencatan politik perlu dilakukan serta-merta yang bertujuan memberikan ruang untuk kerajaan baharu yang dibentuk memberi tumpuan sepenuhnya tanpa gangguan politik dalam sektor pemulihan kesihatan dan ekonomi.

Itu pandangan yang dikeluarkan Presiden Gabungan Persatuan Anak Negeri Malaysia (GAPAN), Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee berhubung isu beberapa tindakan pembangkang yang mempertikaikan keabsahan Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, jika suasana percakaran ini berterusan ianya akan menyebabkan rakyat semakin gelisah tanpa hala tuju, yang dapat menyakinkan mereka.

“Perlu diingat rakyat sedang memerhati, gelagat pemimpin parti politik ketika ini. Yang mana satukah menunjukkan keprihatinan yang lebih kepada masalah rakyat yang dihadapi sekarang atau sebaliknya.

“Ini kerana rakyatlah yang akan menentukan kedudukan pemimpin politik tersebut bila tiba Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

“Dapat dilihat, ketika ini hura-hara yang tiada berkesudahan, jadi wajarlah gencatan politik dilakukan serta-merta bagi memulihkan keadaan landskap politik negara,” katanya kepada Edisi 9 hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan pembangkang yang mempertikaikan keabsahan Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Terdahulu, Jabatan Peguam Negara menyatakan tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Ismail Sabri dan kerajaan yang sudah dibentuk menurut lunas undang-undang.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, dalam kenyataan sebelum ini dilaporkan berkata, pelantikan Ismail Sabri diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, selaras proses pemilihan yang dijalankan Al-Sultan Abdullah dengan teliti dan telus untuk melantik Perdana Menteri kesembilan, secara jelasnya pelantikan Ismail Sabri adalah sah dan menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Syed Hussien berkata, cukuplah, teruskan agenda negara dan pemimpin perlu memberi sumbangan dan pandangan bagaimana untuk memulihkan kesihatan dan ekonomi negara.

“Jangan esok, orang ketawakan kita. Kenyataan Peguam Negara jangan dipolitikkan,”katanya.

Dalam masa sama, pihaknya turut memberi cadangan agar jawatan Peguam Negara pada masa akan datang dilantik oleh Parlimen berbanding dilantik Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri bagi mengelakkan perkara yang berbangkit seperti ini pada masa hadapan. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan