28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Sarawak masih rekod angka kes tinggi, empat hari berturut-turut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sarawak masih menyumbang kepada peningkatan kes baharu harian hari ini empat hari berturut-turut, dengan merekodkan angka tertinggi iaitu, 3,118 kes.

Hari ini sahaja, sebanyak 19,307 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 1,919,774 kes.

Maklumat itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter beliau di sini.

Beliau berkata, selain Sarawak, negeri yang masih mencatatkan empat digit kes harian adalah Selangor dengan 2,700 kes.

“Diikuti, Sabah (2,298 kes), Pulau Pinang (2,243) dan Johor (2,032 kes), Kelantan (1,438 kes), Kedah (1,355 kes) dan Perak (1,341 kes).

“Terengganu pula merekodkan sebanyak 910 kes, Pahang (661 kes), Kuala Lumpur (513 kes), Melaka (340 kes), Negeri Sembilan (207 kes) dan Perlis (108 kes), Putrajaya (28 kes) dan Labuan (15 kes),” katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kes kematian harian masih melepasi angka 300 dengan semalam sebanyak 323 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes kematian COVID -19 sebanyak 19,486 kes.

“Kes harian pula mencatatkan sebanyak 19,307 kes termasuk enam kes import, manakala sebanyak 24,855 kes sembuh daripada COVID-19 direkodkan.

“Sebanyak 242,802 kes aktif dicatatkan termasuk 1,310 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 737 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada 19,307 kes harian yang dilaporkan, 302 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 19,005 kes (98.4 peratus) kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, secara amnya, sedikit penurunan dapat dilihat berhubung jumlah kes COVID -19 yang dilaporkan di dalam negara dengan purata nilai Rt kini bawah 1.0 iaitu 0.97.

“Beberapa negeri telah menunjukkan situasi yang lebih baik seperti negeri-negeri di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Labuan dan Melaka, didapati terus menunjukkan trend positif.

“Terdapat trend mendatar dan kurang stabil di beberapa negeri seperti Perak, Perlis, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor, dan Sabah. Beberapa negeri pula didapati menunjukkan peningkatan kes seperti Sarawak dan Terengganu,” jelasnya.

Dalam pada itu, menurutnya, tindakan sewajarnya telah diambil bagi negeri-negeri yang memerlukan lebih perhatian ini agar bantuan sewajarnya dapat diberi oleh kerajaan.

“Kementerian Kesihatan sememangnya berterima kasih terhadap bantuan pelbagai agensi dalam sama sama peringkat kerajaan persekutuan mahupun di peringkat kerajaan negeri dan lokaliti agar kita dapat sama-sama memastikan keadaan segera pulih di negara kita,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan