28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Bukan mengaku kalah umum endemik awal – Khairy

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu pengumuman peralihan fasa endemik terlalu awal, bukanlah bermakna ‘mengaku kalah’ kepada pandemik biarpun sasaran negara bagi mencapai imuniti kelompok berdasarkan kepada kadar vaksinasi yang sedang berjalan.

Sebaliknya, beliau berkata, dengan adanya varian delta, pakar sains seluruh dunia mengatakan bahawa untuk mencapai imuniti kelompok agak susah, ditambah pula dengan adanya varian baharu, sebab itulah perlu menerima hakikat, mungkin noktah terakhir adalah fasa endemik.

“Ini bukan hanya di Malaysia, Singapura pun nyatakan bahawa COVID-19 sebagai endemik, saya rasa tidak ada negara yang akan mengatakan bahawa  penerimaan COVID-19 virus endemik sebagai mengaku kalah kepada pandemik.

“Ia bukan mengaku kalah, tetapi perlu realistik dengan situasi memandangkan adanya virus Delta dan virus-virus baharu,” katanya dalam sidang media KKM, secara maya di sini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, negara seperti Singapura pun pada asalnya melaksanakan langkah pencegahan supaya kes sifar di negara itu tetapi telah menerima hakikat, perkara itu tidak boleh.

“Begitu juga Austalia dan New Zealand masing-masing, perlu menerima untuk hidup bersama dengan virus tersebut.

Advertisements

“Walaupun asalnya kita laksanakan lockdown serta langkah-langkah pencegahan namun virus varian Delta terutamanya dan mungkin varian baharu yang dikesan dan kita kena terima hakikat tersebut.

“Saya sebutkan, akhir Oktober tetapi banyak bergantung kepada apa yang akan berlaku dalam dua bulan akan datang, andaian saya adalah dengan adanya kadar vaksinasi yang tinggi pada akhir Oktober, kita boleh mula peralihan kepada fasa endemik dan untuk memulakan tansisi fasa endemik mengambil masa lama.

“Sungguhpun begitu, ia bergantung kepada tingkah laku kita dalam dua bulan ini,jangan ingat dengan vaksin semua Prosedur Operasi Standard (SOP) tidak perlu patuhi lagi.

“Perkara ini ditekankan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada setiap hari, dengan pemakaian pelitup muka dan penjarakkan sosial,” katanya.

Dalam perkara berkaitan, Khairy juga turut menjelaskan,kelonggaran juga belum lagi dibenarkan bagi pengoperasian gimnasium kerana membabitkan faktor pengudaraan.  

“Sebab itu, gimnasium kita hold dulu kerana perlu bagi garis panduan yang jelas tentang pengudaraan,” katanya.

Jelasnya lagi, semua ini memerlukan masa memberi penerangan kepada umum, bahawa dengan vaksin ianya melindungi dari risiko teruk virus COVID-19 dan langkah kesihatan awam yang lain perlu terus dikekalkan melalui SOP yang mudah dan difahami. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan