25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Labuan sifar kes COVID-19, 14,554 kes baharu harian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Hanya Labuan tidak merekodkan jangkitan baharu Covid-19 hari ini.

Bagaimanapun, negeri-negeri lain menyumbang kepada kes harian negara sebanyak 14,554 kes dengan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang kini mencecah 2,171,232 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada angka tersebut, dua negeri mencatatkan kes melebihi 2,000 iaitu Sarawak (2,825 kes) dan Selangor (2,244 kes).

“Seterusnya, Johor (1,807 kes), Sabah (1,273 kes), Pulau Pinang (1,231 kes), Perak (1,144 kes), Kedah (908 kes), Kelantan (910 kes), Terengganu (690 kes), Pahang (598 kes), Melaka (401 kes), Kuala Lumpur (271 kes) dan Negeri Sembilan (157 kes).

“Dua negeri dengan kes dua digit ialah Perlis (65 kes) dan Putrajaya (30 kes),”katanya terdahulu pada Facebook beliau di sini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, dalam masa sama, kes sembuh daripada COVID -19 kekal melepasi kes harian dengan 16,751 kes direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di Malaysia sebanyak 1,950,467 kes.

Katanya, terdapat 1,049 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 599 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media berkata, terdapat 20 kluster baharu dikenal pasti.

“Ia terdiri daripada 10 kluster tempat kerja, sembilan kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi dilaporkan di Johor, Selangor, Melaka, Sarawak, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan