34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Nur Sajat kini pemilik kad UNHCR

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengedarkan salinan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) milik usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, Nur Sajat telah memohon kad berkenaan ketika berada di Thailand dan dia kini sedang menunggu tawaran pihak negara ketiga.

Menurutnya, Nur Sajat kini sedang menunggu tawaran untuk ditempatkan di negara ketiga namun pihak polis akan meneruskan usaha berpandukan undang-undang sedia ada untuk membawa dia pulang ke Malaysia.

“Nur Sajat juga didapati telah menukar nama samarannya kepada Bella namun dirinya masih orang yang sama.

“Kes melibatkan Nur Sajat itu merupakan kes yang kecil sahaja melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan PDRM iaitu menghalang tugas penjawat awam,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed, Ketua (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal dan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed.

Abd. Jalil menasihatkan Nur Sajat agar pulang ke negara ini semula.

“Kami juga yakin keluarga Nur Sajat boleh membantu menasihatkannya untuk pulang bagi menghadapi pertuduhan yang bagi kami tidaklah seberat mana,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Nur Sajat ditangkap oleh pihak imigresen Thailand, pada pukul 6 petang 8 September lalu susulan kesalahan memiliki pasport yang tidak sah.

Pada 9 September lalu, Sajat telah dihadapkan ke Mahkamah Thailand atas kesalahan Imigresen dan dibebaskan sehari kemudian dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Mahkamah Tinggi Syariah pada 23 Februari lalu, mengeluarkan waran tangkap terhadap Nur Sajat kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Semakan imigresen Thailand mendapati pasport Nur Sajat dibatalkan kerajaan Malaysia. Dia (Nur Sajat) kemudian menyerahkan kad UNHCR dan memaklumkan adalah seorang pelarian.

-EDISI9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan