31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Yayasan Hasanah sumbang RM1.4 juta kepada organisasi seni

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Yayasan Hasanah menghulurkan bantuan dana berjumlah RM1.4 juta kepada 21 organisasi seni dan budaya bagi menghidupkan semula sektor kesenian serta kreatif negara ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Pengarah Urusannya, Datuk Shahira Ahmed Bazari, berkata dana disumbang melalui inisiatif Arts for All Seasons (ArtsFAS) diharap dapat memanfaatkan lebih 1,355 pengamal seni, budaya dan warisan.

“Dengan adanya pemberian bantuan ini, ia diharap meningkatkan kembali ekonomi selain dapat memberikan pengalaman kepada penonton menikmati persembahan daripada pengamal seni dan budaya.

“Setakat ini terdapat 31 persembahan, bengkel, forum, pameran, webinar dan pelbagai lagi acara diatur di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Langkawi antara Oktober hingga Disember ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahira berkata, sektor kesenian tidak boleh berhenti walaupun berlakunya pandemik.

“Kami ingin mengajak sebilangan besar rakyat menyokong dan menghargai seni serta warisan budaya, pada masa sama dapat menyokong komuniti artis,” katanya.

Menurutnya, pihaknya gembira dapat membantu seniman dan anak seni tempatan bagi meneruskan projek mereka ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Menurut Shahira, ArtsFAS akan merangkumi pelbagai bidang seni masyarakat bertujuan untuk
mengekalkan ekspresi kreatif tradisional.

“Ini adalah bagi menghormati kepelbagai seni moden dan tradisional bagi warisan serta budaya masyarakat.

“Kami berharap industri kreatif akan terus menerima bantuan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) kerana sektor ini memainkan peranan penting dalam memulihkan ekonomi negara.

Sementara itu, Shahira turut memaklumkan pada awal tahun lalu pihaknya turut memberi bantuan secara ‘one off’ sebanyak RM250,000 untuk menggerakkan projek golongan seni bagi menonjolkan bakat kreatif golongan berkenaan antaranya melalui tayangan perdana dalam talian dan siaran langsung.

-EDISI9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan