31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

11 perusahaan terima geran Yayasan Hasanah RM1.3 juta

Perkasakan perniagaan bertanggungjawab, inovatif dan mampan untuk impak sosial di Malaysia.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 11 perusahaan menerima geran Yayasan Hasanah berjumlah RM1.3 juta di bawah program Dana Perusahaan Sosial Hasanah (HSEF) 2022.

Para penerima tersebut ialah Alpha Graphic Mobile Apps Developer, Blair and Associates Sdn Bhd (butik batik), Fourth Media Sdn Bhd, Havan Enterprise Sdn Bhd, Infinite Minds Academy Sdn Bhd dan Manitoba Tailoring and Crafting.

Turut menerima geran yang julung kali disediakan oleh yayasan tersebut ialah OOZE, Saving Graze Sdn Bhd, Sea Monkey Project Sdn Bhd serta Superb Innovative Skills Sdn Bhd.

Pemegang Amanah Yayasan Hasanah, Datuk Shahira Ahmed Bazari berkata, dana tersebut diperuntukkan untuk menyokong pembangunan dan pertumbuhan organisasi menjalankan misi mereka dalam arena sosial atau memperkasakan alam sekitar merentasi komuniti.

“Julung kali dilancarkan, tahun ini, HSEF 2022 bertujuan untuk memperkasa dan menyokong pembangunan organisasi perusahaan sosial dan penginovasi sosial.

SHAHIRA AHMED BAZARI

“Di samping itu, ia bagi menggalakkan perniagaan inklusif dan bertanggungjawab mewujudkan impak positif dan mampan kepada masyarakat; merangsang penyertaan sektor swasta dan awam dalam memberikan impak kepada masyarakat, dan menskalakan penyelesaian inovatif untuk manfaat sosial,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yang juga Pengarah Urusan yayasan tersebut berkata, pihaknya berpegang teguh dengan pendekatan ‘seluruh masyarakat’ untuk mencetuskan perubahan positif yang bukan sahaja berkekalan, tetapi juga inklusif.

Katanya, dalam usaha berterusan untuk memperkasa organisasi masyarakat sivil secara amnya, pihaknya turut sedar akan peranan perusahaan sosial melalui model perniagaan inovatif yang mampu membawa transformasi buat masyarakat dari segi sosial, ekonomi dan alam sekitar.

“Justeru, kami berbesar hati dapat menganugerahkan geran HSEF 2022 buat julung kalinya kepada 11 penerima pertama, dan menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka ke arah mencapai impak yang lebih besar dalam kehidupan golongan sasar,” katanya.

HSEF 2022 ialah geran sokongan pendanaan seed and growth, dilaksanakan bersama Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan.

Beliau berkata, geran itu khusus untuk perusahaan sosial yang menyediakan penyelesaian inovatif dalam bidang impak pembangunan komuniti, pendidikan, alam sekitar, serta kesenian dan ruang awam di Malaysia. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan