24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Dua cedera, bas bawa 30 penumpang terbalik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita warga Thailand dan seorang kanak-kanak warga Indonesia cedera dalam kemalangan membabitkan bas ekspres terbalik berhampiran Plaza Tol Rawang awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.06 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terus bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada jam1.46 pagi.

Menurutnya, setiba dilokasi pihak bomba mendapati sebuah bas yang membawa 30 penumpang terbabas dan terbalik di lokasi iaitu 500 meter dari Plaza Tol Rawang arah Selatan.

“Penumpang terdiri daripada 16 lelaki dewasa, 12 wanita dan dua kanak-kanak perempuan.

Advertisements

“Kanak-kanak perempuan cedera di kaki kanan dan wanita berusia 65 tahun yang mengalami kecederaan di kepala dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan,” katanya di sini.

Beliau berkata, pemandu bas berkenaan dilaporkan terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, bas berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

“Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan