25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

KPDN kolaborasi dengan 99 Speedmart, jayakan Bakul Rahmah

KPDN juga akan mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat lagi untuk menjayakan program Bakul Rahmah. 

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal berkolaborasi dengan syarikat yang memiliki rangkaian kedai runcit terbesar, 99 Speedmart. 

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, 99 Speedmart akan menjayakan program baharu KPDN iaitu Bakul Rahmah.

“Hari ini saya mengadakan perbincangan hati ke hati bersama CEO 99 Speedmart Mr Lee Thiam Wah dengan tujuan menjayakan satu lagi program baru KPDN iaitu Bakul Rahmah (Kasih Sayang), khas untuk mereka yang paling memerlukan dalam kalangan B40,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Salahuddin berkata, KPDN juga akan mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat lagi untuk menjayakan program Bakul Rahmah. 

Advertisements

“Saya akan susuli pertemuan dengan beberapa lagi pemain-pemain industri seperti Giant, NSK, dan lain-lain selepas ini.

“Semoga segala usaha dan kerjasama ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat meneruskan kehidupan seharian  dalam keadaan ekonomi dunia yang agar mencabar ketika ini,” katanya. 

Beliau berkata, kerajaan telah menetapkan beberapa pelan jangka masa pendek, sederhana, dan panjang dalam mengendalikan isu kos sara hidup.

“Tetapi pada saya, mana yang kita boleh lakukan dahulu, kita jalan dahulu,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan