24 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Yayasan Hasanah lanjut tempoh geran khas sehingga 15 Ogos

Mesti Baca

YAYASAN Hasanah, sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad melanjutkan permohonan Geran Khas Hasanah (HSG) 2022 sehingga 15 Ogos ini.

Pengarah Urusan dan Pemegang Amanah Yayasan Hasanah, Datuk Shahira Ahmed Bazari berkata, dana sebanyak RM100 juta yang diperuntuk bersama Kementerian Kewangan di bawah Bajet 2022 itu mensasarkan lima bidang impak.

Menurut beliau, lima bidang tersebut ialah pendidikan, pembangunan masyarakat, alam sekitar, kesenian dan ruang awam serta pengetahuan.

“HSG2022 menganugerahkan peruntukan maksimum RM2.5 juta bagi projek yang diluluskan yang boleh menjangkau sehingga tiga tahun.

“Dana ini menyediakan pembiayaan untuk pembangunan organisasi untuk mengukuhkan operasi dalaman rakan kerjasama dan pembiayaan pengurusan program untuk menyokong kemampanan inisiatif-inisiatif rakan kerjasama,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini,

Beliau berkata, pelanjutan tempoh itu kerana mengambil maklum bahawa sesetengah organisasi memerlukan sedikit masa lagi untuk menghasilkan program dan inisiatif baharu, yang sesuai dengan cabaran ekonomi semasa.

Baca juga:   Siapa sebenarnya 'king maker' dalam PRU-15?

Oleh itu, kata beliau, tarikh tutup permohonan HSG2022 akan dilanjutkan untuk membolehkan kami menerima permohonan-permohonan
baharu daripada rakan kerjasama kami untuk dipertimbangkan. Walaupun demikian, saya menggalakkan para pemohon supaya lekas bertindak sebelum peruntukan habis.

Beliau berkata, antara penerima HSG 2022 yang telah diumumkan termasuk Global Education Leaders Malaysia Bhd (PEMIMPIN GSL), USAINS Holding Sdn Bhd, Bring the Opportunity Programme (BTOP) PLT, DIA Academy Sdn Bhd, Pepper Labs Sdn Bhd (Masala Wheels), Peduli Insan and USAINS Infotech Sdn Bhd and Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia.

Baca juga:   Nak ikut kakak, kanak-kanak maut dilanggar bas sekolah

“Kami sudah mula melihat lebih banyak kerentanan yang lebih ketara seiring dengan peningkatan kos makanan dan inflasi yang melanda rakyat.

“Kami berharap lanjutan tarikh tutup permohonan ini akan membolehkan rakan kerjasama yang berpotensi, mengambil peluang dengan masa tambahan yang diberikan untuk mengukur dan menyelaras semula perkara yang diperlukan sepanjang suku tahun berikut serta masa depan dari segi projek mereka,” katanya.

Shahira juga berharap garis masa tambahan itu membolehkan cadangan berkualiti dikemukakan, untuk menangani pelbagai isu mendesak di dalam masyarakat hari ini, termasuk kesihatan mental, pendapatan dan pencarian, program pemulihan dan pemerkasaan pendidikan, perlindungan alam sekitar, keselamatan makan dan lain-lain. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Ahmad Maslan, Steven Sim antara 27 dilantik Timbalan Menteri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen...

Lagi Artikel Berkaitan