31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Yayasan Hasanah anugerah geran RM4.15 juta menerusi ArtsFAS

Inisiatif geran seni terbesar di Malaysia salur dana untuk lebih 100 acara seni & budaya yang berlangsung hingga 31 Jan 2023.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YAYASAN Hasanah menganugerahkan geran berjumlah keseluruhan RM 4.15 juta kepada 41 organisasi seni, budaya dan warisan melalui inisiatif geran tahunan Arts for All Seasons (ArtsFAS) untuk tahun 2022.

Penganugerahan itu hampir tiga kali ganda daripada jumlah dana yang dianugerahkan pada tahun sebelumnya.

Kejayaan ini dicapai selepas tamatnya pusingan akhir permohonan geran ArtsFAS pada bulan lepas, mencetuskan gelombang sebagai program geran seni terbesar dalam persada kreatif Malaysia.

Menggandakan lagi impak sosial di tahun 2022, program geran tahunan ArtsFAS yang
diuruskan bersama dengan Kementerian Kewangan itu kini menjangkakan menjana peluang ekonomi buat lebih 3,000 pengamal seni, budaya dan warisan, sambil
menawarkan pengalaman seni dan budaya yang menghiburkan kepada penonton Malaysia.

Setakat ini, ArtsFAS 2022 menyokong lebih 100 acara seni termasuk seni persembahan,
konsert, teater, bengkel, pameran, webinar, persembahan berkumpulan dan banyak lagi,
yang berlangsung dari September 2022 hingga Januari 2023 di seluruh negeri di
Malaysia.

Ikuti jadual acara terkini di www.artsfas.org.

Menyediakan platform untuk mempamerkan seni, warisan dan budaya Malaysia yang
dipelihara dan dipulihara melalui acara awam, ArtsFAS adalah bertujuan untuk mendidik generasi muda dan masyarakat umum melalui teknologi.

Di samping itu pertukaran ilmu pengetahuan, acara seni, serta pemuliharaan melalui pengaktifan; pada masa yang sama menjadikan seni sesuatu yang boleh dinikmati untuk semua.

Berikut adalah nama-nama penerima geran ArtsFAS 2022 :

Experiential Design Team
Ikat : Motif Kita (Seni Visual)

Canvas Art Creative Sdn. Bhd.
Restoring Malaysian Old Heritage Photographs To Its Original Glory (Seni Visual)

Graffite Management
Taiping Heritage Art Trail (Seni Visual)

Kelab Layar Malam Produksi Malaysia
Teater Bermain Puteri (Seni Teater)

Moka Mocha Ink
Teater Normcore: Tahun-Tahun Seorang Novelis (Seni Teater)

Pertubuhan Seni Kayangan Perak
Ratu Gambus Padang Changkat (Seni Tari)

The Rondo Production (M) Sdn Bhd
Malaysia Tuba Christmas (Seni Muzik)

Kantan Drum Circle PLT
Hormat & Harmoni Drumming Tour (Seni Muzik)

Orang Orang Drum Theatre
“Lang 浪 x Lepak” by Orang Orang Drum Theatre, Featuring Orang Orang Drum

Theatre, Anak Borneo and Gideon Alu8khan (Seni Muzik – Teater)Jomsapotlokal Sendirian Berhad
Kulim Art Fiesta (Gabungan pelbagai jenis seni)

Arja Art Academy
Jom Main Congkak (Gabungan pelbagai jenis seni)

Catama Sdn Bhd
DALAM (Seni Kraf)

Persatuan Penggerak Kreatif dan Inovasi Sabah
One with Nature Music Festival (Festival)

Persatuan Kurikulum Malaysia
Teater Muzikal Kanak-kanak Berasaskan Lagu Sewang dan Cerita Rakyat
Masyarakat Orang Asli (Seni Teater)

Persatuan OKU Sentral
ILHAM 2022 (Seni Muzik)

– Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan