31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Lebih 6,600 pemandu bas ekspres terima bantuan one-off RM500

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lebih 6,600 pemandu bas ekspres di seluruh negara akan menikmati bantuan kewangan secara sekali-beri berjumlah RM500 setiap orang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk memperuntukkan bantuan kewangan itu selepas kementerian membangkitkan perkara berkenaan kepada Kabinet baru-baru ini.

Menurut beliau, bantuan itu membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM3.3 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+).

“Syarat-syarat kelayakan akan ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak bagi tujuan penyaluran bantuan ini.

“Proses penyaluran bantuan akan dilaksanakan dengan segera sebaik sahaja peruntukan bantuan diterima oleh MOT dan agensi-agensi pelaksana berkaitan,” katanya menerusi kenyataan media di sini

Katanya, sebagai pemakluman awal, syarat-syarat utama bagi menentukan kelayakan penerima bantuan ini yang akan ditetapkan kepada pemandu bas ekspres.

Ka Siong berkata, syarat utama dikenakan termasuk penerima iaitu pemandu bas ekspres adalah warganegara Malaysia; berdaftar secara rasmi sebagai pekerja dengan syarikat bas ekspres dan mempunyai caruman PERKESO yang masih sah.

Advertisements

“Selain itu, pemandu bas ekspres perlu mempunyai Lesen Vokasional yang sah dengan mengambil kira tempoh pengecualian pembaharuan Lesen Vokasional yang telah diberikan oleh MOT sepanjang tahun 2021.

“Syarat lain ditetapkan termasuk hanya syarikat atau pengusaha bas ekspres yang mempunyai lesen pengendali dan lesen/permit kenderaan bas ekspres yang sah dengan APAD atau LPKP Negeri Sabah/Sarawak yang layak memohon bantuan ini.

“Bagaimanapun, pemandu yang telah menerima bantuan sebagai pemandu bas sekolah, bas pelancongan, teksi atau e-hailing sebelum ini tidak lagi layak menerima bantuan kepada pemandu bas ekspres,” katanya.

Ujar beliau, syarikat atau pengusaha bas ekspres dikehendaki mengemukakan maklumat pemandu bas ekspres di bawah syarikat masing-masing yang lengkap kepada pihak APAD dan LPKP Negeri Sabah dan LPKP Negeri Sarawak bagi tujuan saringan kelayakan dan penyaluran bantuan.

Dalam pada itu, Ka Siong berkata, MOT juga akan meneliti garis panduan bagi membantu pihak pengusaha bas ekspres dapat menyediakan perkhidmatan kepada tahap yang normal, dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihak berwajib yang lain.

Jelasnya, garis panduan dan langkah pengoperasian yang selamat akan dibangunkan bagi membantu pihak syarikat dan pengusaha bas ekspres dapat memulakan perkhidmatan dengan baik apabila perjalanan rentas sempadan dibenarkan kelak.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan