27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kes aktif terus menurun, 258 kematian semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah pesakit sedang dirawat dan diasingkan terus mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 177,560 kes dilaporkan berdasarkan data yang dikeluarkan laman web COVIDNOW, semalam.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 147,848 kes dikuarantin di rumah.

Selain itu, sebanyak 19,180 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), 9,554 kes di hospital, 402 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 576 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sementara itu, berhubung kes kematian COVID -19, sebanyak 258 kes dilaporkan semalam dengan 87 kes kematian sebenar bagi tempoh tujuh hari, menjadikan jumlah kematian sebanyak 25,695 kes.

Terdapat 75 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah kes BID di seluruh negara sebanyak 5,097 kes.

Kes kematian tersebut dilaporkan di Selangor (56), Johor (53), Kedah (46), Kuala Lumpur (25), Pulau Pinang (21), Sarawak (19), Sabah (12), Pahang (5), Perak (5), Melaka (4), Kelantan (4), Terengganu (4), Perlis (2) dan Negeri Sembilan (1) manakala, tiada kematian di Labuan dan Putrajaya.

Sebelum ini, Edisi 9 melaporkan kes harian di seluruh negara mencatatkan penurunan kepada 10,959 kes, menjadikan jumlah kes positif COVID -19 sebanyak 2,209,194 kes. – Edisi 9

Terkini

Warga Israel bersama 6 pucuk senjata api ditahan

SEORANG lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang,...

Lagi Artikel Berkaitan