25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Langgar peraturan: Polis siasat kenderaan timbalan menteri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan menyiasat sebuah kenderaan dipercayai milik seorang timbalan menteri kerana memotong di garisan berkembar sepertimana tular menerusi media sosial sebelum ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Kelantan, Supt Suhaimi Jusoh, laporan mengenainya telah diterima dan pihaknya akan menyiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, berdasarkan rakaman video berdurasi 38 saat itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard berwarna hitam dengan nombor pendaftaran P45 telah melakukan kesalahan jalan raya apabila memotong di garisan berkembar secara berbahaya.

Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Bukit Marak-Binjau, Kota Bharu, Kelantan ketika keadaan trafik di laluan tersebut sesak.

“Dalam masa yang sama terdapat kenderaan lain di atas jalan tersebut yang datang dari arah bertentangan di Jalan Bukit Marak-Binjai berdekatan jambatan sebelum lampu isyarat Chabang 3 Gong Dermin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada timbalan menteri terbabit berada dalam kenderaan berkenaan atau sebaliknya.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan