26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Muhyiddin, sawit dan peneroka Felda

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

MENGENALI sikap Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau bukan jenis berkokok dalam perbuatan. Dengan diam dan senyap beliau bantu apa yang sepatutnya demi kehidupan peneroka.

Ada dua perkara bagaimana bekas Perdana Menteri itu membantu peneroka.

Pertama dengan hal pengambilalihan saham FGV Holdings Berhad dan dipulangkan kepada Felda serta keduanya, perlupusan hutang peribadi peneroka dengan Felda yang diwarisi berketurunan.

Semua tahu hal FGV merosakkan peneroka dan Felda sendiri. Projek ini dibuat ketika zaman Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Natijahnya kerugian dan berakhir dengan kegagalan serta Tan Sri Isa Samad didakwa.

Saham-saham Felda diapungkan dalam pasaran bursa untuk menarik minat pelabur dan mencapai untung cepat dalam sekelip mata. Tetapi kegagalan pengurusan meruntuhkan segalanya. FGV sentiasa dalam kerugian.

Setelah menjadi Perdana Menteri Kelapan, Muhyiddin telah cuba memperbetulkan keadaan dengan membeli semula kebanyakan saham FGV di pasaran terbuka sekali pun, dan menjadikannya milik Felda kembali sepenuhnya dari terus menanggung rugi.

Bukan perkara senang untuk mengambil kembali saham dalam pasaran terbuka. Bukan semuanya milik kerajaan, tetapi beliau berjaya.

Bukan sahaja saham, pengambilalihan ini membawa bersama 68 kilang sawit, bangunan, tanah dan semua aset FGV ke dalam Felda semula.

Hutang peneroka pula adalah hutang yang ditanggung peneroka sekian lama. Ada yang diwarisi dari ayah kepada peneroka sekarang. Ada yang berhutang lebih RM100,000.

Baca juga:   PPV Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan mula operasi
Dalam diam Muhyiddin membela nasib peneroka. – Gambar hiasan

Hutang-hutang ini adalah hutang peribadi mereka bersama Felda. Dari pinjaman ubah suai rumah, pinjaman pelajaran anak, pinjaman pembelian alatan ladang, pinjaman pembelian motorsikal, pinjaman tanam semula, pinjaman perbelanjaan asas dan lain-lain.

Baca juga:   Program Khas bantu pelajar tercicir akibat pandemik Covid-19

Semua hutang ini dilupuskan Muhyiddin sebanyak 80 peratus bagi memastikan kehidupan peneroka lebih baik dan meminimumkan jumlah hutang yang ada bagi memastikan hasil tuaian dapat dinikmati semaksimum mungkin.

Ini akan menjadikan kuasa pembelian dan kewangan peneroka akan semakin besar dan mengukuh.

Semua ini dilakukan secara diam, teliti dan sekelip mata tanpa apa-apa hebahan besar. Mengenali sikap Muhyiddin yang pendiam memang inilah sikapnya sejak dahulu. Diam dan terus bekerja.

Peneroka menjadi fokus utamanya kerana golongan ini ramai dan sepanjang memegang jawatan juga banyak usaha berkaitan sawit diusahakan beliau demi sawit negara.

Semasa lawatan rasmi ke Indonesia, Muhyiddin telah menandatangani bersama Presiden Joko Widodo (Jokowi) untuk membawa nasib sawit Malaysia dan Indonesia ke mahkamah antarabangsa kerana dewan Parlimen Kesatuan Eropah (EU) memulakan langkah untuk mengharamkan penggunaan sawit Asia dalam jajahan mereka.

Muhyiddin Yassin dan Presiden Jokowi menentang diskriminasi EU terhadap kelapa sawit Asia.

Begitu juga sepanjang memimpin Malaysia, Muhyiddin berjaya membawa sawit ke dalam rundingan luar untuk mendapatkan pasaran luar negara secara besar-besaran dan konsistan.

Antara negara terlibat adalah Arab Saudi dan Jepun yang telah bersetuju untuk mengadakan perjanjian sawit melebihi 1 juta tan bagi kedua-dua negara.

Baca juga:   Muhyiddin terima dos pertama vaksin sebelum tunai umrah

Pada masa yang sama harga sawit sepanjang beliau memimpin juga tinggi akibat aktiviti penawaran yang sentiasa ada, waima ketika pandemik COVID-19.

Dalam diam beliau tahu apa perlu dilakukan untuk menyelamatkan apa yang patut dan beliau buktikan.

Baca juga:   PM bertemu Presiden Biden, pemimpin ASEAN di White House

Dalam rancangan pemulihan negara, banyak lagi pelan rangsangan pemulihan akan dibuat bagi membantu ekonomi sektor lain seperti petani, penoreh dan lain-lain.

Kelebihannya adalah fokus dalam sesuatu segmen dan habiskan tugasnya dengan teliti.

Beliau tidak hiraukan tepuk sorak atau penghargaan tetapi apa kesan diperolehi kumpulan sasaran yang dirancangnya.

Itulah cara kerja Muhyiddin. Semoga terus bekerja demi rakyat dan negara. – MOHD EIN

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan