30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 20, 2022
< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Kerajaan lupus hutang pinjaman legasi peneroka RM8.3 bilion

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyampaikan khabar gembira kepada para peneroka Felda apabila kerajaan bersetuju melupuskan sebahagian hutang pinjaman legasi mereka berjumlah RM8.3 bilion.

Perdana Menteri berkata, pelarasan bersyarat itu merangkumi penyelarasan sebahagian baki pinjaman tanam semula sehingga 31 Disember 2019 berjumlah RM8 bilion yang memberi manfaat kepada 92,441 peneroka atau 82 peratus daripada keseluruhan 112,638 peneroka di seluruh negara.

Selain itu, ia juga merangkumi pelarasan sebahagian baki tunggakan pinjaman baja sehingga 31 Disember 2019 berjumlah RM168 juta melibatkan 53,180 peneroka atau 46 peratus daripada jumlah peneroka.

Manakala, pelarasan sepenuhnya baki pinjaman saham FGV Holdings Bhd sehingga 7 Julai 2021 bernilai RM78 juta pula melibatkan 38,043 peneroka atau 34 peratus.

Selain itu, pelarasan sepenuhnya baki pinjaman pembangunan asal sehingga 31 Disember 2019 berjumlah RM56 juta pula bakal dinikmatoi oleh 6,711 peneroka.

“Dengan inisiatif ini, bebanan pinjaman yang ditanggung peneroka akan berkurangan sebanyak purata 80 peratus setiap peneroka.

“Purata bayaran balik pinjaman pula dijangka berkurangan daripada sekitar RM800 hingga RM1,000 kepada hanya RM250 hingga RM300 sebulan bagi peneroka sawit dan RM150 bagi peneroka getah iaitu satu kadar yang sangat munasabah dan mampu dibayar mereka,” kata beliau.

Muhyiddin berkata demikian dalam ucapan beliau sempena sambutan Hari Peneroka Felda 2021 yang diadakan secara hibrid, hari ini.

Baca juga:   Kesinambungan PPN dalam RMK-12, Bajet 2022

Perdana Menteri berkata, beliau berharap usaha yang diambil kerajaan ini akan menjadi titik tolak untuk warga peneroka seluruh negara menjadi lebih bersemangat dan berfokus dalam melipatgandakan hasil serta pendapatan mereka.

Kata beliau ini sekaligus bakal mengupayakan pengurusan kewangan termasuk pinjaman mereka dengan lebih berhemah dan tidak lagi membebankan pada masa hadapan.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, kerajaan juga telah meluluskan penerbitan sukuk berjaminan kerajaan bernilai RM9.9 bilion bagi menambah baik model perniagaan Felda dalam usaha memperkasakan organisasi itu.

Baca juga:   Saya bukan zalim tapi mahu lindungi nyawa rakyat – Muhyiddin

“Sebahagian terbitan sukuk ini sedang digunakan untuk menstruktur semula pinjaman dengan institusi kewangan serta untuk mengambil alih FGV,” katanya.

Di samping itu, katanya, Program Pembangunan Peneroka (PPP) yang dirangka khusus untuk menggalakkan warga Felda menceburi bidang keusahawanan juga sebagai batu loncatan bagi reformasi atau penyusunan semula komuniti Felda yang berdikari dan selari.

“Insya-Allah dengan pendekatan baru ini akan menjadikan Felda sebagai satu contoh rangka tindakan untuk pembangunan luar bandar akan datang, sejajar dengan visi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030),” katanya.

Menurut beliau, penjanaan semula Felda itu antara strategi serampang tiga mata iaitu Restart, Revitalise dan Reform bagi mengembalikan semula Felda menjadi syarikat peladangan terulung di dunia seterusnya tersenarai sebagai antara syarikat global paling berjaya seperti di dalam Fortune Global 500. – Edisi 9

 

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>

Terkini

Pengimbas suhu tidak lagi diwajibkan – KJ

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) bersetuju untuk mengeluarkan penggunaan wajib pengimbas suhu daripada prosedur operasi standard (SOP) kawalan COVID-19 di seluruh...

Lagi Artikel Berkaitan

< a href='https://keluargamalaysia.my/'>