31 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Lebih 14 juta dos vaksin COVID-19 diterima bulan ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sejumlah  14,395,330  dos vaksin COVID-19 akan diterima pada bulan ini.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 6,429,150 dos vaksin jenis Pfizer termasuk jumlah sumbangan yang diterima daripada Amerika Syarikat.

“Sementara itu, sejumlah 1,585,100 dos vaksin jenis AstraZeneca , penghantaran dari kilang AstraZeneca di Thailand dan sumbangan daripada Jepun.

“Manakala, sebanyak 6,381,080 dos vaksin , penghantaran daripada Pharmaniaga (Lot Release NPRA) dan sumbangan daripada China,”katanya menerusi perkongsian infografik di Twitter.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sebanyak 340,043 dos suntikan vaksin diberikan pada Selasa, iaitu angka tertinggi dalam sehari setakat ini.

Menerusi hantaran infografik di Twitter, beliau memaklumkan, daripada jumlah itu, sebanyak 133,286 merupakan pemberian dos kedua.

“Sebanyak 206,757 dos pula adalah pemberian dos pertama bagi tempoh sama,” katanya.

Baca juga:   Wang tunai RM40,000 menanti peserta e-Sukan AKM

Dr Adham turut memaklumkan, lima negeri tertinggi mencatatkan pemberian dos pertama dan kedua pada Selasa iaitu Selangor dengan 79,998 orang diikuti Sarawak (59,269), Kuala Lumpur (53,155), Perak (20,759) dan Johor (18,431). – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Zahid mulakan tugas di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi memasuki pejabat bagi memulakan tugas hari pertama beliau sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah...

Lagi Artikel Berkaitan