31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Jumlah pesakit aktif dirawat di ICU menurun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah pesakit aktif COVID yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pesakit aktif yang diwadkan menunjukkan penurunan berdasarkan kepada data dari laman web COVIDNOW setakat lewat malam tadi.

Berdasarkan paparan data tersebut, sejumlah 1,050 pesakit aktif COVID-19 dirawat ICU menurun berbanding sebelumnya iaitu seramai (1,070 pesakit).

Ia membabitkan kadar pengunaan keseluruhan sebanyak 72.2 peratus (68.0 peratus kadar penggunaan COVID-19).

Penurunan turut dapat dilihat pada kategori pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan yang aktif iaitu seramai 582 pesakit telah dilaporkan, berbanding semalam (598 orang)  dengan kadar penggunaan keseluruhan sebanyak 48.7 peratus.

Sementara itu, jumlah pesakit COVID-19 aktif diwadkan juga menunjukkan penurunan iaitu seramai 9,793 pesakit telah dilaporkan, membabitkan sebanyak 58.7 peratus kadar penggunaan bagi pesakit atau (69.2 peratus keseluruhan).

Advertisements

Sehingga semalam, terdapat pertambahan kes kematian iaitu sebanyak 278 kes direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 25,473 kes kematian COVID-19 sehingga kini.

Sementara kematian sebenar dalam tempoh purata selama tujuh hari adalah sebanyak 90 kes.

Sebanyak 99 kes pula meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan jumlah kematian BID sebanyak 5,022 kes.

Terdapat 183,289 kes aktif melibatkan 152,299 kes dikuarantin di rumah (83.1 peratus); 20,147 kes (11.0 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID -19 (PKRC); 9,793 kes di hospital (5.3 peratus); 468 kes (0.3 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 582 kes (0.3 peratus) di ICU dengan bantuan pernafasan.

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan sebanyak 13,096 kes positif COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes di seluruh negara mencecah 2,193,434 kes. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan