28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

‘Yang ada jangan kedekut, yang minta jangan tamak’

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pimpinan parti politik diharap agar dapat berkorban bagi mengenepikan kehendak diri sendiri demi kepentingan besar buat negara.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pertelagahan politik tidak akan selesai dan sudah sampai masanya umat Islam di negara ini bersatu.

“Soalnya orang politik ni dia jaga kerusi ja… jadi yang ada jangan kedekut tapi yang minta jangan tamak, ada masa kehendak diri kita kena korbankan demi kepentingan besar.

“Dalam politik pun kita dituntut membuat pengorbanan.  Bukan semua pimpinan politik perlu bertanding,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 di Sungai Rembau, hari ini.

Tuan Ibrahim juga menyatakan, Pas tidak boleh diminta untuk membuat pilihan sama ada bersama Perikatan Nasional (PN) ataupun bersama UMNO dalam Muafakat Nasional bagi menghadapi PRU-15.

Baca juga:   Suami isteri maut dipercayai dirempuh pemandu mabuk

Malah menurutnya, semua pihak perlu melihat perkara berkenaan dalam kerangka yang besar kerana boleh merugiakan semua pihak.

“Mungkin dalam sesetengah negeri muafakat Pas dan UMNO cukup, tapi sesetengah negeri yang lain dia ada risiko kalau tiga penjuru,” katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam di negara ini juga dilihatnya semakin seronok dengan penyatuan ketiga-tiga parti iaitu UMNO, Pas dan Bersatu yang kini menerajui kerajaan Persekutuan.

“Ini termasuklah dengan rakan parti komponen di Sabah dan Sarawak. Saya fikir rakyat melihat ini di antara hala tuju betul di masa hadapan dalam PRU-15,” katanya.

Baca juga:   Rai Tahun Baharu Cina dengan norma baharu - Dr Noor Hisham

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Ebit Lew lihat wajah bersih 4 beradik maut kebakaran

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew berkesempatan bersama-sama menyempurnakan majlis pengkebumian jenazah empat beradik yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran di Muar, malam...

Lagi Artikel Berkaitan