29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kes COVID-19 di Sabah naik sebab tidak patuh SOP – Masidi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KOTA KINABALU – Kes harian COVID-19 di Sabah yang sentiasa berubah setiap hari dipercayai ada kaitan dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan masyarakat negeri ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata, faktor itu dilihat antara sebab kes baharu COVID-19 di Sabah meningkat semula melebihi 1,000 kes semalam selepas mencatat tiga angka kelmarin.

Katanya, ketidakpatuhan terhadap SOP menyebabkan virus COVID-19 mudah merebak dan akhirnya menjangkiti ramai orang sekali gus menyebabkan statistik jangkitan baharu virus berkenaan naik semula secara mendadak.

“Sabah kembali mencatat peningkatan melepasi 1,000 kes setelah buat pertama kalinya mencatat angka jangkitan di bawah 1,000 semalam (kelmarin). Kes di Sabah berada pada paras melebihi 1,000 kes sehari selama hampir dua bulan sejak 4 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sabah mencatat 1,078 kes baharu COVID-19 semalam, menunjukkan peningkatan 116 kes berbanding 962 kes kelmarin.

Advertisements

Mengulas lanjut, Masidi berkata perubahan angka harian kes COVID-19 di Sabah yang tidak statik dipengaruhi oleh tahap pematuhan orang ramai di negeri ini terhadap SOP.

“Semakin tinggi kadar pematuhan SOP maka semakin rendah risiko untuk berlaku pertambahan jangkitan.

“Pada hari ini (semalam), peningkatan kes harian Sabah juga selari dengan statistik bilangan daerah mencatatkan peningkatan kes iaitu 14 daerah berbanding 12 daerah yang mencatatkan penurunan kes,” katanya.

Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, berkata sebanyak 22 lagi kes kematian dilaporkan di Sabah semalam dengan jumlah tertinggi iaitu 10 kes dilaporkan di Sandakan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan