26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

ICU modular di Hospital Tawau mula operasi akhir bulan ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyediakan Unit Rawatan Rapi (ICU) modular dengan kapasiti 10 tempat tidur di Hospital Tawau yang dijangka mula beroperasi pada akhir bulan ini.

Perkara itu antara beberapa intervensi yang akan dilaksanakan bagi menguruskan COVID-19 di Sabah kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter beliau hari ini.

Selain itu katanya, KKM akan memberikan silinder oksigen, pengatur oksigen dan ubat-ubatan untuk menguruskan jangkitan COVID-19.

“Kami juga bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menyampaikan peralatan perubatan tambahan esok.

“Lebih banyak ambulans akan disediakan juga,” katanya.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kerja dua hari di Sabah yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Tambah Khairy, vaksinasi di Sabah juga akan dipertingkatkan melalui 224 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan program jangkauan dengan vaksin CanSino.

Baca juga:   Warga Bangladesh dalang sindiket RTK kaut untung RM2 juta

“Semua kemudahan KKM akan diperkukuhkan dengan tenaga kerja tambahan. 97 daripada 150 pegawai telah melaporkan diri untuk bertugas.

“50 kakitangan kesihatan tambahan akan ditawarkan peranan tetap,” katanya.

KKM akan terus melaksanakan mobilisasi tambahan sumber manusia, peralatan , ambulans, ubatan, keupayaan diagnostik dan survelan. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan