26.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Peniaga luah rasa sedih, Muhyiddin tak jadi PM lagi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang peniaga di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur meluahkan rasa sedihnya kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Peniaga terbabit yang juga seorang ibu tunggal sambil menyeka air mata dengan spontan memanggil Muhyiddin sebagai ‘Abah’ berkata, dia sememangnya menyokong kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu.

“Kita mengharap kat abah lagi jadi Perdana Menteri, walau dia orang tak sokong abah, kita sokong abah, saya sedihlahkan bila abah tak jadi Perdana Menteri.

“Saya rasa terharu jumpa abah,” katanya yang rakaman videonya dikongsi menerusi Facebook Muhyiddin semalam yang kemudian disunting dan ditularkan oleh pihak-pihak tertentu menerusi aplikasi TikTok.

Muhyiddin yang kelihatan terharu dengan luahan peniaga terbabit cuba menenangkannya dengan berkata: “Tak mengapa… ok, doakan jelah.”

Advertisements

Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkunjung ke AEON AU2 Setiawangsa di Taman Keramat, Kuala Lumpur bagi melihat sendiri pembukaan sektor ekonomi di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang.

Sejak Jumaat lalu, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah memasuki Fasa 2 PPN dan rakyat di negeri tersebut kini dapat menikmati lebih banyak kelonggaran terutamanya bagi akitiviti ekonomi dan sosial.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau ingin mendengar sendiri daripada mulut peniaga tentang pengalaman dan rintihan mereka dalam berhadapan cabaran mencari rezeki ketika musim pandemik.

“Sememangnya, angka dan data yang dikumpul tidak akan lengkap jika kita tidak mendengar sendiri suara rakyat.

“Ada yang mengadu kepada saya tentang cabaran perniagaan yang dihadapi sepanjang tempoh lockdown termasuk kerugian yang ditanggung,”katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan