32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

MPN tiada kuasa eksekutif urus ekonomi, negara

Kuasa eksekutif untuk mengurus ekonomi dan negara terletak pada Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif untuk mengurus ekonomi dan negara, kata bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad.

Justeru, MPN tidak boleh disabitkan dengan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menguruskan ekonomi sepertimana hasil kaji selidik Merdeka Centre baru-baru ini.

“Ini tidak betul. Ia (MPN) adalah sebuah majlis yang bersifat advisory. Kuasa eksekutif untuk mengurus ekonomi dan negara terletak pada Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

“Perdana Menteri mendapat markah gagal dalam keadaan beliau senang-lenang,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Kelmarin, Muhyiddin yang juga Pengerusi MPN berkata, menyarankan Ismail Sabri membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), jika gagal menguruskan ekonomi dan negara dengan baik.

“Barisan Nasional sedang menekan perdana menteri untuk membubarkan Parlimen dengan segera supaya pilihan raya dapat diadakan. Saya belum sampai ke tahap mahu mendesak Perdana Menteri supaya membubar Parlimen.

“Tetapi, saya pun terfikir, jika perdana menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat,” kata Muhyiddin dalam catatan menerusi Facebook.

Ekoran itu, Ismail Sabri berkata, jika benar Muhyiddin menyifatkan beliau gagal menguruskan ekonomi negara, bermakna bekas Perdana Menteri itu juga menyumbang kepada keadaan itu kerana beliau adalah Pengerusi MPN.

Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, menteri-menteri Bersatu yang berada dalam barisan Kabinetnya juga turut menyumbang kepada kegagalan tersebut.

Marzuki berkata, situasi yang dialami oleh Ismail Sabri ketika ini amat selesa berbanding ketika Muhyiddin menerajui negara selama 17 bulan.

“Kes-kes Covid-19 tidak menggila seperti dulu, kehidupan rakyat kembali normal seperti biasa, ekonomi telah dibuka, sempadan negara telah dibuka dan politik pun stabil.

“Kecuali gangguan suara-suara sumbang sekali-sekala dari kluster mahkamah dalam parti UMNO yang mahukan pilihan raya diadakan segera,” katanya.

Ujar Marzuki lagi, parti Bersatu tidak pernah menghentam Ismail Sabri, apalagi menjalankan kempen Kerajaan Gagal sepertimana yang dibuat oleh UMNO terhadap Muhyiddin sebelum ini.

Pada masa yang sama, jelas beliau, DAP, PKR dan Amanah pun amat lunak hubungannya dengan Perdana Menteri.

“Mereka terlebih dahulu bangkit mempertahankan Perdana Menteri apabila diserang oleh Kluster Mahkamah. Dalam perkataan lain, Datuk Sri Ismail Sabri can sit pretty as a Prime Minister.

“Kenapa dalam keadaan senang-lenang ini pun ‘markah’ Perdana Menteri amat buruk? Saya tiada jawapan kepada soalan ini,” kata Marzuki.

Marzuki berkata, tahap kepuasan hati rakyat terhadap kedua-dua pemimpin itu yang dijalankan Merdeka Centre for Opinion Research juga menunjukkan angka ketara. 

Katanya, markah purata Muhyiddin sepanjang berkhidmat sebagai Perdana Menteri ialah 67 peratus iaitu markah lulus dengan baik.

“Muhyiddin lulus dengan baik sebagai Perdana Menteri walaupun pada ketika itu beliau memimpin negara mengharungi krisis kesihatan yang paling buruk dalam sejarah negara dan dunia, iaitu Covid-19.

“Markah atau approval rating Perdana Menteri (Ismail Sabri) telah menurun secara konsisten dengan purata 45 peratus. Tanpa niat untuk menjatuhkan air muka Perdana Menteri, markah di bawah paras 50 peratus ini adalah markah gagal,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Afidavit Zahid manifestasi usaha pembelaan terhadap Najib

TINDAKAN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memfailkan afidavit tambahan bagi menyokong petisyen Datuk Seri Najib Razak berhubung kewujudan...

Lagi Artikel Berkaitan