24 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Kebakaran rumah: Remaja perempuan maut, adik lelaki cedera

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang remaja perempuan maut manakala adik lelakinya cedera dalam kebakaran sebuah rumah setingkat di Kampung Baru Kundang, Sungai Buloh, hari ini.

Mangsa, B Triviya, 19, disahkan meninggal dunia akibat melecur manakala B Vishnu berusia tiga tahun cedera dan dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB).

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kejadian 11.10 pagi.

“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang dan Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi.Sebaik tiba api sedang marak, namun remaja dan kanak-kanak yang berada dalam rumah berkenaan sudah dikeluarkan oleh orang awam.

“Seramai 16 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran itu,” katanya hari ini.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan rumah musnah 90 peratus.

“Bomba dimaklumkan ketika kejadian, ibu bapa tiada di rumah kerana bekerja. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Baca juga:   Pasukan bertaraf dunia sunting pelumba wanita Malaysia

-EDISI9

Wartawan

Terkini

TVET: Keazaman, kesungguhan industri dituntut

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN PERTUBUHAN Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menyambut baik dan menyokong penuh saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Lagi Artikel Berkaitan