27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

ATM gagalkan cubaan PATI rentas sempadan ikut lorong tikus

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Anggota Tentera Darat berjaya menahan sembilan warga Indonesia yang cuba memasuki Sarawak secara haram menerusi lorong tikus untuk mencari pekerjaan di negara ini.

Jurucakap Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) berkata, mereka melalui lorong tikus di kawasan Biawak, Lundu kira-kira 300 meter dari sempadan Malaysia–Indonesia, jam 10.40 pagi tadi.

Menurutnya, kesemuanya berjaya diberkas oleh anggota ATM yang sedang melaksanakan serang hendap di kawasan berkenaan.

“Mereka ditahan ialah lapan lelaki dan seorang wanita berusia antara 22 hingga 45 tahun dan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Hasil siasatan mendapati kesemuanya datang ke negara ini bagi mencari pekerjaan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Katanya, semua warga Indonesia itu diusir keluar dari sempadan Malaysia dan laporan polis sudah dibuat untuk tindakan selanjutnya.

Baca juga:   Maritim tahan bot nelayan Vietnam bersama 300kg ikan

“Tentera Darat akan terus memperkasakan kawalan keselamatan di sempadan negara bagi mengelakkan berlakunya pencerobohan sama ada oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) mahupun jenayah rentas sempadan,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

DBKL gempur pusat pelacuran operasi bulan Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan