31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

413 kes kematian sebenar dan tertunggak dilaporkan semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 413 kes kematian sebenar COVID-19 dan kematian tertunggak atau ‘backlog’ dilaporkan sepanjang tempoh 24 jam semalam.

Data tersebut dipaparkan menerusi laman web CovidNow hari ini.

Daripada jumlah 413 kes tersebut, Selangor merekodkan sebanyak 111 kes dan diikuti Kedah (54 kes), Johor (52 kes), Sabah (39 kes), Kelantan (36 kes), Pulau Pinang (33 kes), Negeri Sembilan (29 kes), Pahang (15 kes), Melaka dan Perak (masing-masing 13 kes), Kuala Lumpur (lapan kes) serta Terengganu dan Sarawak (masing-masing lima kes).

“Tiada kematian dilaporkan di Perlis, Putrajaya dan Labuan.

“Ini menjadikan jumlah kes kematian terkini COVID-19 mencecah 21,124 kes.

“Selain itu, sebanyak 176 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dilaporkan semalam,” katanya di sini hari ini.

Berdasarkan maklumat yang dinyatakan, sebanyak 104 kes kematian sebenar turut dicatatkan.

Angka tersebut meningkat sedikit berbanding kes kematian sebenar pada kelmarin yang merekodkan sebanyak 99 kes.

Dalam masa sama, sebanyak 228,124 kes aktif dicatatkan terdiri daripada 188,563 kes dikuarantin di rumah, 25,350 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 12,910 kes di hospital, 614 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 687 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Terdahulu, sebanyak 16,073 kes termasuk 21 kes import dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes positif COVID -19 terkini sebanyak 1,995,771 kes manakala, terdapat 24,813 kes sembuh. -Edisi 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan