31.6 C
Kuala Lumpur
Monday, October 25, 2021

Muhyiddin akan pastikan program vaksinasi terus dipergiat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, beliau akan memastikan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaaan (PICK) dipergiatkan lagi agar semua yang layak akan menerima suntikan vaksin.

Maklumat itu dikongsikan beliau menerusi hantaran di Facebook beliau di sini.

Muhyiddin berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat MPN pada Isnin depan dan akan memberi fokus kepada pembukaan sekolah dan institusi pengajian tinggi secara teratur dan selamat.

“Insya-Allah, dengan kerjasama orang ramai, kita dapat menangani pandemik COVID-19 ini sebagai satu Keluarga Malaysia,” katanya.

Terdahulu, beliau sempat berkunjung ke AEON AU2 Setiawangsa di Taman Keramat, Kuala Lumpur bagi melihat sendiri pembukaan sektor ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sejak Jumaat lalu, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah memasuki Fasa 2 PPN dan rakyat di negeri tersebut kini dapat menikmati lebih banyak kelonggaran terutamanya bagi akitiviti ekonomi dan sosial.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau ingin mendengar sendiri daripada mulut peniaga tentang pengalaman dan rintihan mereka dalam berhadapan cabaran mencari rezeki ketika musim pandemik.

“Sememangnya, angka dan data yang dikumpul tidak akan lengkap jika kita tidak mendengar sendiri suara rakyat.

“Ada yang mengadu kepada saya tentang cabaran perniagaan yang dihadapi sepanjang tempoh lockdown termasuk kerugian yang ditanggung.

Baca juga:   Dua lokasi PPVIN beroperasi akhir bulan ini - Khairuddin

“Namun Alhamdulllah, rata-rata peniaga menghargai bantuan-bantuan tunai yang telah disalurkan Kerajaan sejak Mac 2020 seperti Bantuan Prihatin Nasional dan Bantuan Khas COVID-19 baru-baru ini.

Baca juga:   Moratorium: Bank tidak kenakan faedah terkompaun, caj penalti

“Seperti mana yang kita sedia maklum, Kerajaan telah membelanjakan lebih RM 25 billion untuk bantuan tunai kepada rakyat yang telah memanfaatkan lebih 10.6 juta orang rakyat Malaysia.

“Pada separuh kedua 2021, sebanyak RM10 billion bantuan tunai telah diperuntukkan melalui PEMULIH.

“Sememangnya sebagai sebuah #KerajaanPrihatin, kita tidak pernah putus-putus cuba membantu rakyat meringankan beban yang ditanggung ketika pandemik ini,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut kagum melihat kecekalan para peniaga yang tabah meneruskan usaha mereka mencari rezeki yang halal.

“Rata-rata peniaga menzahirkan rasa optimistik bahawa perniagaan mereka akan beransur pulih dan memastikan peniaga serta pelanggan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Saya juga berkesempatan beramah mesra dengan para pengunjung termasuk anak-anak kecil yang sudah mula menikmati cuti sekolah mereka,” katanya.

Kata beliau, sememangnya pengurusan wabak COVID-19 ini memerlukan bukan sahaja penglibatan secara menyeluruh oleh Kerajaan (whole of government) malah masyarakat (whole of society) juga amat penting.

“Tindakan Kerajaan untuk menubuhkan Pasukan Bertindak Khas ataupun Greater Klang Valley Special Taskforce telah berjaya mengawal penularan COVID-19 dan memperkukuhkan kesiapsiagaan sistem kesihatan.

“Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang bagi mempercepatkan proses vaksinasi juga telah membuahkan hasil sehingga nilai-nilai ambang bagi peralihan ke Fasa Dua dapat dicapai.

“Akhir sekali, saya ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama membantu menyokong dan membeli dari peniaga-peniaga kecil supaya mereka dapat bangkit kembali membina perniagaan dan menjana pendapatan.

Baca juga:   Sabah catat jumlah populasi dos kedua COVID-19 terendah
Baca juga:   Ahmad Sarji stabil, masih dirawat di HCTM UKM

“Ayuh kita sama-sama pulihkan Malaysia!,” katanya.- Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

4,782 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan hari ini

SEJUMLAH 4,782 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...

Lagi Artikel Berkaitan