25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Amaran Kedutaan Jepun: PDRM jamin keselamatan terkawal

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Susulan amaran pihak Kedutaan Jepun di Malaysia kepada rakyatnya mengenai kemungkinan berlaku serangan pengganas di rumah ibadah dan kawasan tumpuan ramai di beberapa negara Asia Tenggara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman awam adalah terkawal.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya setakat ini tidak mengesan dan menerima sebarang maklumat mengenai apa-apa bentuk ancaman keselamatan berhubung amaran berkenaan.

“Orang ramai diminta untuk tidak gusar dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana PDRM akan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat. Pemantauan juga akan ditingkat bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

“PDRM sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak yang cuba menganggu gugat ketenteraman awam dan keharmonian di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Acryl Sani, PDRM mengambil maklum berhubung laporan berita berhubung amaran dikeluarkan oleh pihak kedutaan Jepun di Malaysia itu.

Terdahulu, kedutaan Jepun di Kuala Lumpur mengesahkan pihak mereka telah mengeluarkan amaran kepada warganegaranya di Malaysia mengenai kemungkinan ancaman pengganas di Asia Tenggara.

Memetik laporan Bernama, Kementerian Luar Jepun telah menasihatkan semua rakyatnya di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar untuk mengelak berada berdekatan dengan kemudahan keagamaan dan kawasan-kawasan sesak lain.

Difahamkan nasihat itu dikeluarkan pagi ini kepada semua warga Jepun yang berada di Malaysia.

Pihak kedutaan mengeluarkan nasihat tersebut selepas menerima arahan dari Tokyo.

Pegawai itu berkata buat masa ini terdapat kira-kira 31,000 warga Jepun tinggal di Malaysia.

Amaran itu memetik laporan perisikan dan kemungkinan terdapat serangan ke atas rumah ibadat dan tempat perhimpunan besar-besaran di rantau ini.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan