28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Rapatkan saf, pulihkan negara – Ismail Sabri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan rasa syukur, Parlimen dapat memulakan persidangan Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas, bermula hari ini.

Ucapan itu dikongsikan menerusi ciapan Twitter beliau di sini.

Ismail Sabri berkata, Alhamdulillah, lafaz syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Parlimen dapat memulakan persidangan Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas, bermula hari ini sehingga 12 Oktober 2021.

“Seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah,semua pihak hendaklah mengamalkan demokrasi bermusyawarah mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan.

Advertisements

“Menjunjung titah Tuanku, inilah semangat yang dibawa dalam Keluarga Malaysia yang menekankan perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan untuk mengharungi pelbagai cubaan dan dugaan.

“Justeru, saya berharap persidangan ini dapat berjalan dengan lancar demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut menyeru semua Ahli Parlimen tidak mengira pandangan politik, untuk sama-sama merapatkan saf demi memulihkan negara dan mensejahterakan semula kehidupan rakyat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan