29.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 23, 2024

Muhyiddin kesal tiada tanda KWSP bersasar diluluskan

Kami tidak akan berganjak dalam memperjuangkan nasib rakyat dan ini termasuk tuntutan KWSP bersasar,

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal kerana sehingga kini kerajaan masih tidak mampu mendengar suara hati sebahagian besar pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mahukan caruman mereka sendiri.

Muhyiddin yang Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menasihati kerajaan agar melihat apa yang dilakukan seorang pemandu teksi dari Skudai, Johor yang sanggup berjalan kaki lebih 300 kilometer ke Istana Negara bagi bagi menyerahkan memorandum menuntut dibenarkan pengeluaran KWSP.

“Apa yang Noorazlan Ismail (pemandu teksi terbabit) lakukan adalah simbol kepada kesusahan hidup rakyat yang mempunyai caruman KWSP tetapi tidak dapat mengeluarkannya ketika berhadapan dengan kesempitan hidup.

“Ini juga selari dengan apa yang sedang diperjuangkan oleh PN dalam mendesak kerajaan campuran PH (Pakatan Harapan)-BN (Barisan Nasional) membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar bagi mengurangkan beban hidup rakyat.

“Malangnya sehingga kini kerajaan tidak mahu mendengar desakan tersebut, malah tidak nampak tanda-tanda atau usaha untuk menyelesaikan isu ini,” katanya dalam Facebook hari ini.

Malah Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu berharap kerajaan melihat apa yang Noorazlan lakukan adalah mewakili ribuan pencarum lain yang turut terkesan teruk dengan tekanan ekonomi pada masa ini.

Advertisements

“Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional, kami tidak akan berganjak dalam memperjuangkan nasib rakyat dan ini termasuk tuntutan KWSP bersasar, insya-Allah,” katanya.

Muhyiddin sebelum ini berpeluang bertemu dengan Noorazlan yang berjalan kaki dari Skudai ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum menuntut dibenarkan pengeluaran KWSP ketika hadir ke Parlimen.

“Saya kagum dengan kegigihan lelaki berusia 48 tahun ini yang meredah panas dan hujan sepanjang lima hari berjalan kaki lebih 300 kilometer demi menuntut haknya.

“Saya bersyukur apabila Noorazlan memberitahu dia sihat dan tiba di Kuala Lumpur dengan selamat semalam,” katanya.

Misi Noorazlan itu berjaya apabila memorandum yang dibawanya itu dapat diberikan kepada pihak istana malah, dia turut diberikan sedikit sagu hati daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan