30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Tindakan pembangkang keluar dewan hanya ‘drama’

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Iskandar Puteri, Liew Chin Tong membidas tindakan pembangkang yang bertindak keluar dari Dewan Rakyat setelah usul mereka untuk membahaskan pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditolak.

Kata Chin Tong, beliau menyifatkan tindakan ahli pembangkang itu sebagai sudah dirancang dan dibuat hanya drama semata-mata.

“Tindakan terancang itu sengaja dibuat untuk menunjukkan bantahan berikutan usul mereka membahaskan pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah ditolak.

“Seperti sekadar drama, hampir kesemua Ahli Parlimen pembangkang kembali masuk ke dalam dewan selepas 15 minit, setelah cuba meyakinkan pihak media tentang aksi mereka,” jelas Chin Tong melalui hantaran di Facebook.

Kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri lagi, pembangkang membawa isu pengeluaran KWSP kerana gabungan itu tidak mempunyai dasar ekonomi yang jelas.

Tambahnya, pembangkang sengaja ingin mempermainkan emosi rakyat dan ahli Parlimen Perikatan Nasional sepatutnya membantu kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat.

Advertisements

“Pada masa ini, pembangkang yang tidak mempunyai sebarang dasar ekonomi yang jelas cuba bermain dengan emosi rakyat. Mereka menggunakan isu pengeluaran bersasar KWSP di Parlimen sedangkan negara kita sedang dalam proses pemulihan ekonomi. Ini menunjukkan bahawa Perikatan Nasional tidak ada sebarang idea yang bernas untuk transformasi ekonomi kepada majoriti rakyat Malaysia.

“Perikatan Nasional sepatutnya menolong rakyat dengan membantu kerajaan menghadapi cabaran kitaran gaji rendah, produktivi rendah, kemahiran rendah dan aktiviti nilai tambah rendah. Kesemua kelemahan ini perlu diperbaiki segera. Gaji median pada 2021 hanya berada pada tahap RM2,250 sebulan, yakni 50% pekerja Malaysia dibayar gaji kurang daripada itu.

“Kepada semua sahabat saya di pihak Perikatan Nasional, inilah masanya kita hadapi bersama semua cabaran sebagai sebuah negara tanpa mengira di mana tempat duduk kita dalam Parlimen. Kita memerlukan pembangkang yang mempunyai idea bernas serta penuh komitmen untuk rakyat,” katanya lagi.

Terdahulu, Ahli Parlimen Machang, Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengemukakan usul itu selaras Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membincangkan isu pengeluaran wang KWSP kerana sidang Dewan Rakyat hanya berbaki hari ini dan esok. 

Bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng menolak keputusan usul berkenaan yang membawa hampir semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional bertindak keluar dewan sebagai tanda protes. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan