28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Tiada ‘pilih kasih’ dalam pengambilan guru – KPM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) melaksanakan pengambilan guru tanpa sikap pilih kasih kerana dilakukan secara terbuka tanpa mengira calon sepanjang tahun.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pengambilan tersebut dilaksanakan tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran untuk ditempatkan di sekolah di bawah KPM.

Katanya, setiap calon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 perlu memenuhi syarat skim perkhidmatan, padanan kluster mata pelajaran dan berjaya dalam urusan pengambilan termasuk temuduga merangkumi kompetensi umum seperti sikap, penampilan diri dan pengetahuan am serta kompetensi fungsional.

Advertisements

“Tawaran pengambilan terbuka kepada semua calon yang layak dari universiti awam, universiti swasta dan universiti luar negara termasuk graduan tajaan KPM

“Calon yang layak dan berjaya dalam urusan pengambilan oleh SPP akan dilantik sebagai PPP DG41 dan ditempatkan di sekolah bawah KPM,” katanya hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr. Ahmad Azam Hamzah yang bertanya apakah nasib graduan pendidikan lepasan UPSI yang masih gagal ditempatkan di sekolah-sekolah, berbanding dengan graduan pendidikan lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang terus ditempatkan di sekolah-sekolah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan