25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tiada mogok doktor kontrak hari ini – MMA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA mogok dilaporkan berlaku dalam kalangan doktor kontrak setakat petang Isnin, kata Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Muruga Raj Rajathurai.

“Setakat ini, semakan dibuat oleh Persatuan Perubatan Malaysia hari ini (Isnin) mendapati tiada mogok berlaku di mana-mana fasiliti penjagaan kesihatan awam di seluruh negara.

“Bagaimanapun, isu ketakutan orang ramai perlu ditangani,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr. Muruga berkata, MMA menerima panggilan daripada orang ramai yang bertanyakan sama ada kemudahan penjagaan kesihatan awam beroperasi seperti biasa hari ini berikutan laporan mogok doktor kontrak yang dirancang dari 3 hingga 5 April ini.

“Kami memberi jaminan kepada mereka bahawa ia memang beroperasi.

“Namun kami sangat berharap agar Kementerian Kesihatan (KKM) melalui mesej yang lebih kerap diuar-uarkan menerusi kenyataan akhbar dan kemas kini media sosial demi manfaat orang ramai khususnya pesakit yang berurusan di hospital.

Advertisements

“Ini akan meredakan ketakutan pesakit itu dan meyakinkan orang ramai bahawa semua perkhidmatan penjagaan kesihatan awam disediakan dan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan,”katanya.

Tambah Dr. Muruga, mesej mengenai isu mogok doktor kontrak yang menimbulkan rasa panik dan ketakutan di media sosial perlu dibalas dengan mesej yang betul daripada pihak berkuasa.

Sehubungan dengan itu, katanya, orang ramai dinasihati hanya mempercayai sumber yang boleh dipercayai.

Semalam media melaporkan kumpulan doktor kontrak merancang untuk mengadakan mogok selama tiga hari bermula hari ini dengan tidak menghadirkan diri ke tempat kerja.

Jurucakap kumpulan itu Mogok Doktor Malaysia menerusi Instagram rasminya, mendakwa seramai 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan dijangka menyertainya.

Menurutnya, mereka tidak akan hadir bertugas selama tiga hari bermula hari ini, dengan mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan