30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Ganti pencen dengan caruman KWSP – MMA

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERSATUAN Perubatan Malaysia (MMA) mencadangkan petugas perubatan yang diserap ke dalam sistem perjawatan tanpa pencen diberikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Presidennya, Dr. R. Muruga Raj berkata, MMA cenderung dengan konsep perjawatan tetap berpencen seperti sekarang namun tetap mengalu-alukan cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) itu jika diserta dengan caruman KWSP

“Malah jawatan tetap dengan caruman KWSP dicadangkan MMA kepada Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2019 ketika berunding untuk mendapatkan lebih banyak jawatan tetap untuk doktor kontrak.

“MMA memahami skim pencen adalah beban yang berat namun dana untuk persaraan mesti didesak.

Advertisements

“Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen perlu menunjukkan kepemimpinan melalui teladan dengan menukar skim pencen mereka kepada caruman KWSP sekiranya skim pencen yang ditanggung kerajaan terlalu membebankan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa semalam memaklumkan kementerian itu sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyerapkan petugas perubatan berstatus kontrak ke dalam sistem perjawatan tetap tanpa diberikan pencen.

Katanya, ini bagi mengurangkan bebanan tugas yang melebihi kapasiti sumber sedia ada serta bagi mengurangkan beban skim berpencen ditanggung negara ketika ini yang mencecah RM29.1 bilion pada 2021. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan