27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PM mahu Kerajaan Perpaduan jadi contoh antarabangsa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keutamaan Kerajaan Perpaduan dalam menjelma perubahan diharap dapat menjadi contoh hingga ke peringkat antarabangsa.

Perkara itu dikongsikan beliau dalam majlis berbuka bersama warga kedutaan Malaysia di Beijing.

“Dalam ucapan ringkas saya tekankan mengenai hubungan erat antara Malaysia dan China yang telah terjalin sekian lama dan peri penting usaha mengukuh hubungan ekonomi serta dalam lapangan lain agar rakyat kedua-dua negara terus makmur.

“Saya titipkan pesan kepada rakyat Malaysia di sini untuk terus menjaga imej serta reputasi negara dan terapkan nilai dan budaya kerja yang baik.

“Di akhir ucapan saya berkongsi langkah serta keutamaan Kerajaan Perpaduan dalam menjelma perubahan yang mesti merangkumi semua pihak agar tatanan ini menjadi contoh tidak hanya di rantau ini tetapi juga di peringkat antarabangsa,” katanya dalam Facebook malam tadi.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Duta Besar Malaysia ke China Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin.

Anwar kini dalam  lawatan rasmi beliau ke China selama empat hari bermula 19 March lalu hingga 1 April (esok) nanti.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, lawatan berkenaan cukup bermakna bukan sahaja bagi mengukuhkan lagi hubungan diplomatik Putrajaya-Beijing yang terjalin sejak 1974 malah, amat besar harapan agar China kekal sebagai antara rakan dagang terbesar negara.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan