25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Cuaca buruk di beberapa negeri malam ini

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah yang dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebooknya berkata, penduduk di seluruh kawasan terlibat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada malam ini.

“Di Kelantan kawasan yang terlibat ialah Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Terengganu  kawasan yang dijangka terlibat ialah Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman,” katanya hari ini.

Tambahnya di Selangor yang dijangka alami cuaca sama ialah Hulu Langat manakala di Pahang kawasan bakal berdepan dengan cuaca buruk malam ini ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Bentong

Advertisements

Manakala bagi Negeri Sembilan kawasan terlibat ialah Jelebu dan Seremban.

“Di Sabah, cuaca buruk tertumpu di kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Tawau (Tawau) manakala Sarawak pula kawasan terlibat Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song) dan Limbang (Lawas),” ujarnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan