25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pengampunan diraja: Najib bawa hujah Rahman Sebli

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan akan mengemukakan  penghakiman Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli untuk memperkukuhkan permohonannya bagi mendapatkan pengampunan diraja.

Mengikut laporan MalaysiaKini, peguam utamanya Tan Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan penghakiman itu membuka jalan baharu untuk anak guamnya dibebaskan dari penjara.

“Pengampunan kami adalah sama seperti yang dikatakan oleh Rahman Sebli dalam penghakimannya.

“(Permohonan) pengampunan ini adalah mengenai individu itu (Najib) yang tidak mendapat perbicaraan yang adil, ia (rayuan terhadap keputusan dan hukuman bersalah SRC) tidak didengari oleh Mahkamah Persekutuan, dan mereka (mahkamah persekutuan) hanya mendengar (sisi cerita) pendakwaan (dan bukannya Najib).

Advertisements

“Kami akan menghantar penghakiman Rahman Sebli kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dibacakan (sebagai sebahagian daripada permohonan pengampunan),” katanya.

Sebelum ini, Abdul Rahman yang mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berpandangan panel Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini mungkin tidak berlaku adil terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak semasa ia mendengar dan menolak rayuan bekas perdana menteri itu.

Beliau berpendapat bahawa keputusan yang wajar diberikan terhadap Najib adalah dibebas dan dilepaskan.

Keputusan penghakiman majoriti 4-1 itu telah membawa Najib kekal di penjara selama 12 tahun atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. – Edisi 9 

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan