Thursday, June 4, 2026

Stesen minyak tanpa subsidi diperluas secara berfasa – TPM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELAKSANAAN stesen minyak tanpa subsidi akan diperluaskan secara berfasa di kawasan sempadan negara bagi mengekang ketirisan diesel bersubsidi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beberapa lokasi telah dipilih seperti Rantau Panjang dan Bukit Bunga, Jeli di Kelantan serta Tebedu, Ba’Kalan dan Lundu di Sarawak.

Katanya, turut dicadangkan lokasi lain adalah Pengkalan Hulu di Perak, Tambak Johor dan Link Kedua (Johor), Padang Besar dan Wang Kelian (Perlis) dan Bukit Kayu Hitam (Kedah). 

“Penyelewengan minyak diesel bersubsidi menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan mengakibatkan bekalan diesel tidak sampai kepada yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) hari ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menguatkuasakan Ops Tiris selama enam bulan bermula 1 Mac hingga 31 Ogos tahun ini bagi membanteras penyelewengan minyak diesel bersubsidi.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, sehingga 31 Mac lalu, sebanyak 3,424 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara yang melibatkan 92 kes dengan jumlah 88 tangkapan dan nilai rampasan RM3.02 juta membabitkan 41 kes serahan menerusi Ops Tiris berkenaan. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan