26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Zahid umum inisiatif baharu ‘rahmah’ termasuk insurans

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEBERAPA inisiatif baharu ‘rahmah’ yang pada asalnya bermula dengan Menu Rahmah kini telah diperluaskan kepada barangan seperti tekstil dan perkhidmatan termasuklah insurans.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) hari ini

Menurut beliau, antara inisiatif tersebut ialah Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi yang menawarkan menu berbuka puasa pada kadar harga Menu Rahmah.

“Baju Raya Rahmah sebagai usaha membantu golongan memerlukan menghadapi persediaan menyambut perayaan Aidilfitri dan insurans Rahmah bagi memberi kemudahan perlindungan pada kadar yang lebih berpatutan untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Ahmad Zahid, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memperkenalkan Program Payung Rahmah bagi membantu kumpulan miskin tegar B10 (pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan) dan golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan makanan dan barangan keperluan asas.

Menurutnya, program Payung Rahmah yang dilaksanakan itu juga dapat menarik tarikan pengunjung atau pembeli yang secara tidak langsung akan dapat membantu jualan peniaga.

Advertisements

“Inisiatif Payung Rahmah juga merupakan hala tuju baharu yang dilaksanakan kerana ianya tidak melibatkan subsidi secara langsung daripada Kerajaan sebaliknya Kerajaan menumpukan kepada intervensi dasar bagi membantu operasi peniaga untuk terus kekal lestari,” katanya.

Ujar Ahmad Zahid lagi, sehingga 1 April lalu, terdapat sebanyak 1,706 pengusaha restoran atau kedai makan di seluruh negara telah melaksanakan Program Menu Rahmah yang memberikan manfaat penjimatan serta membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat melalui menu yang ditawarkan.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meneliti cadangan menaik taraf Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) sebagai Agensi Sekuriti Makanan.

“KPKM juga akan mendayaupayakan FAMA dalam meluaskan jaringan pemasaran dengan menumpukan kepada kawasan kawasan berkepadatan tinggi dan kawasan luar bandar yang kurang akses kepada khidmat peruncitan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan