31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Penyamun tetak jaga sebelum larikan 70 unit iPhone

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG penyamun bertindak ganas apabila menetak seorang pengawal keselamatan sebelum melarikan 70 unit telefon bimbit iPhone di premis Kompleks Menara Condong, Teluk Intan, Perak awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.00 pagi itu, mangsa yang berusia lewat 60-an sedang berehat di kaunter tandas kompleks perniagaan berkenaan didatangi seorang lelaki membawa sebilah kapak.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner, Ahmad Adnan Basri, hasil siasatan awal mendapati suspek bertindak menetak kepala mangsa sebelum memecah masuk sebuah kedai telekomunikasi di dalam kompleks perniagaan itu.

“Suspek mengikat tangan dan kaki mangsa sebelum mengunci warga emas itu di dalam tandas. 

“Suspek seterusnya memecah masuk sebuah kedai telekomunikasi kompleks berkenaan dengan cara memotong ibu kunci shutter door menggunakan grinder.

“Suspek mencuri kesemua 70 unit telefon bimbit iPhone di empat rak pameran kedai berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Ujar Ahmad Adnan, anggaran kerugian yang dialami oleh pemilik kedai telekomunikasi adalah sebanyak RM300,000.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 3.22 pagi.

“Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kontinjen (IPK) Perak hadir membuat pemeriksaan di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan di tempat kejadian berjaya menjumpai beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan.

“Pihak polis masih meneruskan usaha untuk mengesan dan menangkap saspek terbabit.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini atau suspek yang terlibat diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Hilir Perak di talian 05-62992222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan