33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Agihan bayaran Fasa 2 STR, Rabu ini – MOF

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMBAYARAN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bernilai RM1.26 bilion kepada 8.7 juta golongan B40 akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Rabu ini.

Kementerian Kewangan berkata, pembayaran itu akan dikreditkan ke akaun bank penerima berdaftar dalam pangkalan data STR secara berperingkat bermula 5 April 2023.

“Seramai 4 juta penerima kategori isi rumah akan menerima pembayaran berjumlah RM200 dengan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM800 juta, manakala kategori warga emas tiada pasangan, sebanyak 1.2 juta penerima akan mendapat RM100.

“Seramai 3.5 juta individu bujang akan menerima RM100 dengan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM350 juta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar kenyataan itu lagi, penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran itu pada tarikh sama.

“Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 April 2023.

Advertisements

“Dengan pembayaran ini, sejumlah RM2.93 bilion peruntukan STR telah dibayar kepada golongan B40 pada tahun 2023.

“Pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 dan Fasa 4 akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada bulan Julai dan November tahun ini dengan mengambil kira permohonan baharu atau kemas kini STR diterima semasa tempoh permohonan dan pengemaskinian,” katanya.

Untuk rekod, sehingga 31 Mac 2023, sebanyak 714,918 permohonan baharu dan 2,618,104 permohonan kemas kini telah diterima dan akan melalui proses verifikasi sebelum diluluskan mengikut kategori kelayakan STR.

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 5 April 2023 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran boleh dirujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan