24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Apabila Muhyiddin turun padang dengar suara rakyat

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

Saudara Pengarang,

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah masih belum tidak berpuas hati dengan angka dan data yang diperoleh selama ini.

Bagi beliau, angka dan data yang dikumpul tidak lengkap selagi beliau sendiri tidak turun padang dan mendengar suara rakyat secara langsung.

Langkah itu tidak dapat dilaksanakan ketika masih menjawat jawatan Perdana Menteri lantaran kerana kesibukan beliau mentadbir negara dalam keadaan pandemik COVID-19.

Itu belum lagi ditambah dengan tekanan musuh-musuh politiknya yang terus menerusi mengasak beliau kiri dan kanan untuk merampas kuasa dengan membawa naratif kegagalannya mengurus negara.

Walaupun angka dan data jelas menunjukkan segala dasar dan tindakan beliau untuk mengeluarkan negara daripada pandemik COVID-19 di samping menangani ekonomi rakyat yang terjejas teruk lantaran wabak tersebut menampakkan kejayaan.

Sebagai contoh kes-kes positif harian di Selangor yang bulan lalu pernah mencapai melebihi 7,000 kes sehari, kini sudah berada dalam lingkungan 1,000 kes.

Ia hasil kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dijalankan secara agresif di Lembah Klang khususnya, sehingga hari ini hampir 100 peratus penduduk dewasanya sudah menerima vaksin.

Sebab itulah baginya angka dan data masih belum mencukupi selagi beliau tidak mendengar di kuping telinganya sendiri masalah-masalah yang dihadapi rakyat, menampakkan Muhyiddin sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

“Saya ingin mendengar sendiri daripada mulut peniaga tentang pengalaman dan rintihan mereka dalam berhadapan cabaran mencari rezeki ketika musim pandemik.

Advertisements

“Sememangnya, angka dan data yang dikumpul tidak akan lengkap jika kita tidak mendengar sendiri suara rakyat,” demikian kata Muhyiddin sejurus meninjau para peniaga di AEON AU2 Keramat semalam.

Bagi Muhyiddin, beliau lebih berpuas hati mendengar sendiri suara rakyat dan bukan hanya sekadar mendengar penerangan dari para pegawainya, yang mungkin tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Saya percaya sikap seperti ini bukannya dibuat-buat tetapi sememangnya datang daripada nalurinya, jauh sebelum beliau menjawat jawatan tertinggi negara.

Sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri Kelapan selama 17 bulan pun, setiap hari ada sahaja pandangan rakyat yang meminta para menteri turun padang dan lihat sendiri keadaan mereka mengharungi pandemik COVID-19.

Saya percaya jika Muhyiddin mempunyai masa pada ketika itu, sudah tentu beliau akan berbuat demikian, sepertimana dilakukannya pada hari ini, ketika beliau tidak lagi dibebani dengan tugas mentadbir negara.

Muhyiddin sudah pasti tidak bergantung sepenuhnya kepada laporan menterinya atau para pegawai yang diberi tanggungjawab semata-mata yang kadang kala tidak memberikan penjelasan yang telus.

Justeru, kita amat bertuah apabila Muhyiddin dilantik sebagai Pengerusi MPN tanpa sebarang imbuhan demi memastikan negara dapat keluar dari pandemik COVID-19 dan nasib rakyat terus terbela.

Bak kata Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Prof Dr Tan Sri Nordin Kardi, hanya Muhyiddin satu-satunya bekas perdana menteri yang mempunyai pengalaman menangani pandemik kesihatan.

Bukan Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi hanya Muhyiddin. Justeru, amat bertepatanlah pemilihan Presiden Bersatu itu mengetuai pasukan bagi membina semula negara.

PAK ANDAK
Ampang, Selangor

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan