25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, October 3, 2022

292 rekod kematian dilaporkan, Sabah tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 292 kematian akibat COVID -19 dilaporkan semalam berdasarkan maklumat terkini yang dimuat naik di http://covidnow.moh.gov.my.

Ia termasuk kes kematian sebenar COVID-19 serta kes kematian tertunggak atau backlog dengan jumlah keseluruhan kematian COVID -19 di Malaysia mencecah 20,711 kes.

Angka tersebut mencatatkan penurunan berbanding kelmarin iaitu 592 kematian.

Ia menjadikan kes kumulatif jumlah korban akibat virus di dalam negara setakat ini adalah sebanyak 20,711 kes.

Data terkini itu juga menunjukkan daripada 292 kematian, sebanyak 106 kes dilaporkan di luar hospital atau Brought In Dead (BID).

Ia sekali gus menjadikan kes kumulatif kematian kategori BID adalah berjumlah 3,782 kes dalam negara.

Sabah merekodkan kes kematian tertinggi iaitu 84 kes diikuti Lembah Klang 63 kes, Kedah (36), Negeri Sembilan (29), Kuala Lumpur (18), Pulau Pinang dan Johor masing-masing 16 kes dan Kelantan (13)

Baca juga:   28.9 peratus populasi kanak-kanak terima vaksin

Perak merekodkan 11 kematian disusuli Sarawak sembilan kematian, Pahang, tujuh kematian, Terengganu empat kes dan Perlis serta Melaka masing-masing dua kes sahaja.

Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya pula tidak mencatatkan sebarang kematian.

Data kematian tersebut dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan menerusi laman web COVIDNOW yang direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 11.59 malam tadi. – Edisi 9

Wartawan

Baca juga:   41 kematian dilaporkan, tiada kematian tempoh 24 jam

Terkini

Kerajaan pandang serius isu keciciran pendidikan Orang Asli

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memandang serius isu keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli yang mencatat lebih 10 peratus. Menterinya,...

Lagi Artikel Berkaitan