26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kes baharu kembali turun, 16,073 kes hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu harian COVID-19 negara, kembali menurun dengan sebanyak 16,073 kes baharu dilaporkan hari ini.

Kes di Sarawak juga menunjukkan penurunan berbanding semalam, bagimanapun masih merekodkan angka empat digit kes dengan 3,522 kes dilaporkan.

Dengan pertambahan kes baharu tersebut, menjadikan jumlah kes positif COVID -19 merekodkan sebanyak 1,995,771 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain Sarawak, negeri lain yang turut merekodkan angka empat digit kes adalah Johor dengan 2,030 kes.

“Diikuti, Selangor (1,947 kes),Sabah (1,649 kes), Pulau Pinang (1,243 kes), Kedah (1,191 kes), Kelantan (1,070 kes) dan Perak (1,011 kes).

“Pahang pula dengan 878 kes, Terengganu (704 kes), Kuala Lumpur (398 kes), Melaka (206 kes) dan Negeri Sembilan (156 kes).

Advertisements

“Selain itu, Perlis (41 kes), Putrajaya (16 kes) dan Labuan (11 kes),” katanya terdahulu pada Facebook di sini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 24,813 kes sekali gus melebihi kes harian dengan jumlah kumulatif sembuh daripada Covid-19 sebanyak 1,746,526 kes.

Beliau berkata, sebanyak 1,312 kes pula sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala, 698 kes pula memerlukan bantuan pernafasan. 

“Daripada 16,073 kes harian yang dilaporkan, 233 kes (1.5 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, 15,840 kes (98.5 peratus) kategori satu dan dua,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini.

Sementara itu, katanya, sebanyak 32 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 16 kluster tempat kerja, 14 kluster komuniti serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan tinggi.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan