28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Agong zahir terima kasih sumbangan vaksin pelbagai negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan terima kasih kepada pelbagai negara atas sumbangan vaksin Covid-19 kepada Malaysia.

Baginda bertitah, ucapan terima kasih berkenaan adalah kepada Kerajaan United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Arab Saudi, China dan Emeriyah Arab Bersatu atas sumbangan vaksin tersebut.

“Beta turut menyokong peranan aktif Malaysia serta pendekatan pragmatik yang diambil oleh Kerajaan dalam bidang diplomasi yang akhirnya telah meningkatkan imej dan reputasi negara di persada antarabangsa.

“Ini dapat dilihat menerusi pelbagai bantuan vaksin yang telah diterima dari pada negara-negara lain,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian pada Isitiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-14 di Parlimen, hari ini.

“Beta juga menyambut baik langkah Kerajaan dalam menggalakkan amalan tadbir urus yang baik berteraskan integriti.”

Baginda bertitah, menerusi amalan berkenaan sebuah sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berintegriti, telus dan cekap akan menjadi kenyataan.

“Oleh yang demikian, adalah amat bertepatan bagi Pelan Antirasuah Nasional dan Pelan Antirasuah Organisasi untuk terus didokong bagi mencapai aspirasi rakyat Beta untuk hidup dalam sebuah negara yang bebas rasuah dan berintegriti,” titah Baginda

-EDISI9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan