26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

1,154 pesakit aktif COVID-19 di ICU, 301 kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sejumlah 1,154 pesakit aktif COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun berbanding sebelumnya, berdasarkan data dari laman web COVIDNOW setakat lewat malam tadi.

Ia turut membabitkan kadar pengunaan keseluruhan sebanyak 75.2 peratus (75.2 peratus kadar penggunaan COVID-19).

Semalam, sebanyak 1,191 pesakit aktif COVID-19 dirawat di ICU.

Terdapat sejumlah 11,321 pesakit COVID-19 aktif diwadkan membabitkan jumlah sebanyak 67.9 peratus kadar penggunaan bagi pesakit atau (70.4 peratus keseluruhan).

Sementara, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan yang aktif adalah seramai 633 orang, menurun berbanding semalam (662 orang)  dengan kadar penggunaan keseluruhan sebanyak 50.3 peratus.

Sehingga semalam, terdapat pertambahan kes kematian iaitu sebanyak 301 kes direkodkan, menurun berbanding semalam (376 kes) menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 23,744 kes kematian COVID-19 sehingga kini.

Sementara kematian sebenar dalam tempoh purata selama tujuh hari adalah sebanyak 108 kes.

Sebanyak 92 kes pula meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) menjadikan jumlah kematian BID sebanyak 4,564 kes.

Terdapat 207,698 kes aktif melibatkan 172,648 kes dikuarantin di rumah (83.1 peratus), 22,575 kes (10.9 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID -19 (PKRC), 11,321 kes di hospital (5.5 peratus), 521 kes (0.3 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 633 kes (0.3 peratus) di ICU dengan bantuan pernafasan.

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan sebanyak 14,302 kes positif COVID-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes di seluruh negara mencecah 2,107,433 kes. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan