24.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Kes TUDM ditembak, telefon bimbit mangsa terbunuh dianalisa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Telefon bimbit milik mangsa yang terbunuh dalam kejadian tembak di Balai Pengawal, Skuadron 330, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kota Samarahan, 13 Ogos lalu diambil polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Memetik laporan Berita Harian, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, berkata semua telefon bimbit itu sudah dihantar Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Telefon bimbit mangsa akan dianalisa bagi mengenal pasti punca dan motif kejadian tembakan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media mengenai perkembangan siasatan terhadap kejadian tembakan yang mengorbankan empat anggota TUDM itu, hari ini.

Aidi berkata, pihaknya juga masih menunggu laporan penuh hasil bedah siasat daripada pakar patologi yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) sebelum jenazah semua mangsa diserahkan kepada waris masing-masing.

Baca juga:   Puad tawar diri beli lukisan Parlimen beruk, katak

“Barang kes iaitu sampel asid deoksiribonukleik (DNA), senjata api dan kelongsong peluru juga sudah dihantar ke Jabatan Kimia dan Unit Forensik PDRM untuk analisis saintifik,” katanya.

Menurutnya lagi, kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya selepas siasatan lengkap dan laporan pakar diperoleh.

“Justeru, polis memohon orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan bagi menghormati dan menjaga sensitiviti keluarga,” katanya.

Empat anggota TUDM yang terbunuh dalam kejadian kira-kira jam 7.35 pagi 13 Ogos lalu itu ialah Koperal Udara Mohammad Ehsan Sehamat, Koperal Udara Ho Swee Boon, Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli dan Laskar Kanan Udara Nesly Nabau.

Baca juga:   Lelaki maut ditembak, ditetak depan rumah sendiri

-EDISI9

Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan