26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Rakyat tak sokong parti jatuhkan kerajaan – Wan Junaidi

Mesti Baca

PARTI politik yang cuba menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum undi percaya terhadap Perdana Menteri dilakukan pada sidang Parlimen September ini, tidak akan mendapat sokongan rakyat yang mahu kerajaan menangani masalah Covid-19 yang kritikal sekarang.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dalam keadaan negara sekarang rakyat menaruh keyakinan terhadap kerajaan untuk mengatasi kesan ekonomi berikutan pandemik itu.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, tindakan mereka bukan sahaja menjejaskan usaha kerajaan dalam menangani Covid-19, malah menjejaskan kestabilan politik negara serta ekonomi yang hanya merugikan rakyat.

“Jika ada undi percaya pada September ini, sebaiknya adalah untuk pertahankan kerajaan sekarang (PN) sehingga habis penggal, kemudian barulah diadakan pilihan raya.

“Sarawak satu contoh moral yang baik dari segi politik… tidak main politik banyak sangat. Kita tangani masalah Covid-19 ini dulu. Jika tidak, dengan sendirinya masalah ekonomi kita akan terjejas dan pembangunan akan jadi lembap,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan cawangan baru Rakyat Xcess dan Ar-Rahnu X’Change Bank Rakyat di Sebuyau, hari ini.

Baca juga:   Ahli Parlimen Warisan kecewa dengan Anwar

PBB merupakan parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang turut melibatkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), yang mengekalkan pendirian mereka untuk terus menyokong kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baca juga:   Khairy harap Kertas Putih Kesihatan, Dasar GEG diteruskan

Wartawan

Terkini

Poster tular pengeluaran terakhir RM100 hingga RM50,000 diluluskan KWSP palsu

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nafi meluluskan pengeluaran sebanyak RM100 hingga RM50,000 sebelum AidilFitri oleh Menteri Kewangan melalui poster...

Lagi Artikel Berkaitan