CYBERJAYA – Seramai 152,233 pekerja sektor pembuatan di seluruh negara telah menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam.
Maklumat tentang perkembangan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) itu dikongsi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsan dan Industri (MITI) melalui Facebook dan Twitter hari ini.
Selain itu, seramai 671,792 pekerja sektor pembuatan menerima dos pertama vaksin setakat semalam.
“Fokus untuk meningkatkan kadar vaksinasi diteruskan bagi memastikan perlindungan pekerja dalam sektor pembuatan,” kata MITI. – EDISI 9