25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Institusi diraja tidak boleh diguna untuk kepentingan politik

Mesti Baca

KUANTAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah, institusi diraja tidak boleh digunakan untuk kepentingan politik mana-mana pihak.

Memetik laporan Pahang Media, baginda bertitah, institusi diraja mengatasi garis politik yang kekal bertindak tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Titah baginda, raja pemerintah telah diberi tanggungjawab dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan naungan yang saksama kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Advertisements

“Institusi raja boleh bertindak sebagai penimbang tara sekiranya timbul pertelingkahan politik kepartian yang boleh menggugat kestabilan negara.

“Dalam erti kata lain, ahli politik juga tidaklah boleh berselindung atau menggunakan institusi raja untuk kepentingan politik mana-mana pihak,” titah baginda.

Tengku Hassanal bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Persidangan Yang Dipertua Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2021 secara maya di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan